Perdana Menteri berkata kerajaan turut memutuskan untuk membentuk Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan yang akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penganjuran program kesedaran penjagaan kesihatan yang akan dipergiat melalui pelbagai platform, pada semua peringkat dengan memanfaatkan fasiliti di bawah pelbagai agensi.
Inisiatif menyediakan food bank di sudut-sudut yang mudah diakses dan juga segera menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah yang mengangkat bendera putih adalah terjemahan kepada kebaikan hati setiap ahli masyarakat.
Dengan tahap literasi kesihatan yang tinggi, Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia akan mendapat maklumat kesihatan, membudayakan hidup sihat, membuat kawalan kesihatan kendiri sebagai tindakan awal mencegah penyakit dan menjaga kesihatan bagi mengelak komplikasi.
Katanya menerusi usaha itu, Keluarga Malaysia bukan sahaja dapat membudayakan hidup sihat, mengurangkan risiko penyakit serta mengurangkan kos rawatan dan pemulihan, malah dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti.